“Manusia, masih suka mencari jawapan yang memuaskan hati walaupun satu dunia telah membentangkan hikmah di depan mata mereka. Ibarat anak kecil yang mengulang-ulang pertanyaan yang sama dalam satu masa, mereka sudah berkali-kali mendengar jawapannya. Mereka cuma mencari sesuatu yang ada pada jawapan tersebut - iaitu nilai kepercayaan. Mereka inginkan seseorang benar-benar melihat ke arah mereka, meyakinkan dengan penuh prihatin, dan berkata, ‘Inilah jawapannya, dan kau tidak berseorangan” KehidupanKepercayaan Book:Mawaddah Ilmi Ingin Pulang Source: Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Dunia tiba-tiba bagai sudah hilang warna. Setiap langkah kakinya hanya umpama daya luar yang mengheretnya untuk terus bergerak. Tidak ada apa-apa yang mengenyangkan. Tidak ada apa-apa yang melenakan.” KehidupanWarnaDunia Nzima Book:Mawaddah Ilmi Ingin Pulang Source: Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Manusia tidak akan tahu apa garis sempadan baik dan jahat melainkan yang tertulis jelas-jelas dalam kalam Tuhan. Ada perkara tersembunyi dalam ruang kelabu, baik dan buruknya tidak jelas.” KehidupanTuhanSembunyiSempadan Book:Mawaddah Ilmi Ingin Pulang Source: Mawaddah Ilmi Ingin Pulang