Quotessence
Home / Quotes / Quote by Syed Muhammad Naquib al-Attas

Quote by Syed Muhammad Naquib al-Attas

“Islam menolak secara total penerapan apapun dari konsep-konsep sekular, sekularisasi atau sekularisme atas dirinya, kerana semuanya itu bukanlah milik Islam dan asing baginya dalam segala segi. Konsep-konsep tersebut merupakan milik dan hanya wajar dalam konteks sejarah intelektual Kristen-Barat, baik pengalaman maupun kesedaran keagamaannya.”

Quote by Syed Muhammad Naquib al-Attas

Work

Islam and Secularism

Browse quotes and source details for this work. more

Author

Syed Muhammad Naquib al-Attas
Syed Muhammad Naquib al-Attas

Syed Muhammad Naquib al-Attas, born on September 5, 1931, is a prominent Islamic philosopher, author, and scholar from Malaysia. His works cover a wide range of fields, including Islamic philosophy, religious thought, and cultural studies, and have had a profound impact on scholars worldwide. more

You May Also Like

“Sekularisme bukan hanya sebagai suatu faham yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek keduniaan (kehidupan duniawi atau worldly life) tetapi sebagai program falsafah suatu aliran pemikiran yang cuba mentafsirkan realiti dan kebenaran hanya berdasarkan rasionalisme murni. Para ahli falsafah Barat yang sekular sejak zaman pencerahan (enlightenment) telah melakukan pensekularan manusia, alam dan agama sehingga hakikat, makna dan peranan manusia, alam dan agama telah berubah dari faham yang berasaskan pada agama kepada faham yang berasaskan kepada akal rasional semata-mata.”

“Pernyataan bahwa sekularisasi mempunyai akarnya di dalam kepercayaan Injil dan merupakan natijah dari ajaran Injil, tidak didukung oleh fakta sejarah. Akar sekularisasi bukan adlam kepercayaan kitab Injil, melainkan di dalam tafsiran manusia Barat terhadap kepercayaan kitab tersebut; ini bukanlah buah dari ajaran Injil, tetapi natijah dari sejarah panjang perseteruan dalam filsafat dan metafisika antara pandangan alam (worldview) manusia Barat yang bersandarkan agama dengan yang rasionalis murni.”

“Paradigma sekular dan liberal yang mencirikan peradaban Barat hari ini telah meruntuhkan semua kebenaran mutlak. Setiap dakwaan kebenaran telah menjadi relatif dari segi masa (historicization of truth); relatif dari segi geografi, budaya dan status sosial (sociology of knowledge); relatif dari segi sifat bahasa manusia yang terbatas (the limits of language); relatif dilihat dari perspektif hermeneutika kerana setiap pemerhati adalah juga pentafsir. Oleh yang demikian, dilihat dari sudut yang pelbagai itu, pemaknaan tentang sesuatu perkara selamanya bersifat sementara, terbatas, maka untuk mengatasi keterbatasan ini perspektif yang lain harus diambil kira. Di sinilah faham pluralisme dianggap penting untuk menghalang manusia dari kecenderungan mengabsolutkan yang relatif.”

“Melalui kajian dan penyelidikan pengajian tingginya, Barat mendidik kaum terpelajar dunia Islam dan Timur sama ada dari segi ekonomi, sains dan teknologi, pentadbiran awam, sosiologi, falsafah mahupun agama. Secara yang cukup licik, Barat secara senyap-senyap menyusup di semua kedudukan dan jawatan strategis dunia melalui saluran pemikiran, ilmu dan pendidikan. Justeru idea dan pengaruh Barat menjadi satu cabaran amat besar terhadap bangsa-bangsa yang lain. Cabaran ilmu dan pengetahuan ini hanya mampu dipecahkan sekiranya kita memiliki universiti-universiti sendiri yang sekali gus bercirikan Islam dan moden.”

“Apa sahaja yang dijunjung-tinggi oleh seseorang Muslim sebagai kudus akan sentiasa diperangi lagi digempur oleh Barat melalui wakil-wakil rasmi dan tidak rasminya, daripada kesahihan al-Qur'an al-Karim dan Syariahnya membawa kepada peribadi Rasulullah S.A.W., ahli keluarga serta sahabag baginda, daripada hukum-hakam Syariah sepeti kedudukan wanita dan kekeluargaan eshinggalah kepada dasar-dasar tata-susila Islam. Hatta, kebebasan insan telah pun ditafsir dan ditinjau hanya dari sudut terlepasnya manusia dariapda ikatan agama dan akhlak tradisional dan keagamaan; bukan kebebasan daripada kecenderungan-kecenderungan diri haiwani nan keji.”

“Sebab inilah, sebagai satu contoh, kita dapat menyaksikan betapa pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang tertentu telah melemparkan tuduhan kepada Malaysia sebagai kononnya tidak punya kebebasan mencukupi, semata-mata kerana kita tidak membenarkan rakyat kita secara terbuka menyalahi akan nilai-nilai dan tatasusila keagamaan yang pokok. Ini tidak bermakna Malaysia tidak mempunyai kelemahan dalam beberapa segi dasar, undang-undang atau pelaksanaannya; tetapi cemuhan Barat ke atas Malaysia atau negara-negara lain, tidak berdasarkan keprihatinan ikhlas terhadap prinsip keadilan, kebajikan atau kemanusiaan, melainkan sebagai alat dan senjata bagi memenuhi kepentingan ekonomi, geo-politik dan kebudayan mereka. Kebudayaan dan tamadun Barat sentiasa mencipta peralatan dan senjata baru yang lebih menarik dan canggih untuk senantiasa berada di puncak kekuasaan dan keagungan mereka dari segi sains, teknologi dan kebendaan. Mereka juga mencipta pelbagai wawasan dan istilah baru yang menakjubkan seperti modenisasi, pembangunan, demokrasi, hak-hak asasi manusia, pluralisme, globalisas dan lain-lain untuk tujuan yang sama.”

“negara kata Ibnu Khaldun adalah kebun tanaman yang dipagar; hidup subur dalam kawalan namun Hobbes lebih percaya negara adalah raksasa pelindung - dan aku lebih percaya negara adalah sungai deras yang menghanyutkan segala yang melintasinya hari ini para liberal menghujat para demokrat tentang negara yang harus befungsi sebagai sebuah pasar yang tercipta oleh individualiti sedang demokrat menolak dan mengatakan negara adalah pusat yang mengatur individu prinsip-prinsip yang berebza segera membentuk kutub yang berbeza dan perjuangan yang saling bertentangan (Perjalanan 21)”