Quotessence
Home / Topics / Hak Asasi Quotes

Hak Asasi Quotes

Browse 2 quotes about Hak Asasi.

Hak Asasi Quotes

“kita menjadi kabilah yang diburu dan dijadikan penjahat seperti kaum Musa as oleh agama yang kita pegang dan junjung dengan percaya dijadikan syariat dan jalan kebenaran; cahaya dan penyuluh sedang mereka dengan keangkuhan dan kesombongan Firaun menjulang pedang tajam kebebasan serta tombak kenihilan untuk merobek agama dan kebenaran Tuhan yang kita miliki atas nama hak asasi manusia, kesamarataan dan kebebasan berfikir maka al-Quran mereka jadikan buku dari tangan manusia yang boleh ditafsir akal sesuka hati dan dimaknakan semahunya suara-suara mereka lagi mengatakan bahawa nabi-nabi hanya mitos yang dicipta oleh agama - maksum itu hanya dongeng dan Islam adalah nama yang diberikan warna penuh kelabu untuk dilihat dengan penuh sinis dan prasangka gelap. (Perjalanan 2)”

“Sebab inilah, sebagai satu contoh, kita dapat menyaksikan betapa pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang tertentu telah melemparkan tuduhan kepada Malaysia sebagai kononnya tidak punya kebebasan mencukupi, semata-mata kerana kita tidak membenarkan rakyat kita secara terbuka menyalahi akan nilai-nilai dan tatasusila keagamaan yang pokok. Ini tidak bermakna Malaysia tidak mempunyai kelemahan dalam beberapa segi dasar, undang-undang atau pelaksanaannya; tetapi cemuhan Barat ke atas Malaysia atau negara-negara lain, tidak berdasarkan keprihatinan ikhlas terhadap prinsip keadilan, kebajikan atau kemanusiaan, melainkan sebagai alat dan senjata bagi memenuhi kepentingan ekonomi, geo-politik dan kebudayan mereka. Kebudayaan dan tamadun Barat sentiasa mencipta peralatan dan senjata baru yang lebih menarik dan canggih untuk senantiasa berada di puncak kekuasaan dan keagungan mereka dari segi sains, teknologi dan kebendaan. Mereka juga mencipta pelbagai wawasan dan istilah baru yang menakjubkan seperti modenisasi, pembangunan, demokrasi, hak-hak asasi manusia, pluralisme, globalisas dan lain-lain untuk tujuan yang sama.”