Quotessence
Home / Quotes / Quote by Faudzinaim Badaruddin

Quote by Faudzinaim Badaruddin

“Harus diingatkan bahawa perbahasan lafaz Allah ini bukan dilihat daripada kacatamata ontologi, yakni persoalan siapakah Tuhan yang sebenar bagi seluruh alam ini termasuk manusia. Jawapan bagi isu ini amatlah jelas bahawa satu-satu Tuhan yang wujud ialah Allah swt dan tiada tuhan selain Dia. Jika perkara ini diakui oleh semua agama, maka sudah pasti tidak wujud perbezaan antara agama, sedangkan hal ini tidak sedemikian kerana kepercayaan terhadap Tuhan yang satu itu amat berbagai dan diakui oleh semua agama. Oleh itu, kalimah Allah yang menjadi fokus ini sepatutnya dilihat daripada segi teologi (kepercayaan) dan apabila ahl ini ditelusuri, maka akan jelaslah perbezaan konsep setiap agama itu mengenai Tuhan. Kalimah Allah bukan hanya sekadar nama bagi Tuhan bagi umat Islam, tetapi ia menyentuh seluruh juzuk kepecayaan dan keyakinan terhadap ajaran Islam. Ia perlu dilihat dari pelbagai sudut agar satu kesatuan kefahaman bermula dari aspek teologi atau kepercayaan Islam dan situasi yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia.”

Quote by Faudzinaim Badaruddin

Work

Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Agama Lain

Browse quotes and source details for this work. more

Author

Faudzinaim Badaruddin

Browse famous quotes and profile details for Faudzinaim Badaruddin. more

You May Also Like

“Secara ringkasnya, jelaslah bahawa lafaz Allah tidak sesuai, atau tidak layak, digunakan oleh agama-agama yang konsep ketuhanan mereka berbeza dengan ajaran Islam. Walaupun terdapat agama bukan Islam yang dikatakan mengandungi ajaran satu Tuhan seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan Sikh, namun kefahaman mengenai konsep Tuhan Yang Satu mereka adalah berbeza dengan ajaran Islam. Dalam akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah, kalimah Allah itu membawa pengertian keesaan dan pengakuan terhadap keesaan Allah yang tulen serta tidak ada sesuatu yang serupa (syirik) dengan-Nya. Mana mungkin umat Islam memberi kebenaran kepada fahaman atau agama yang mensyirikkan Allah untuk menggunakan lafaz Allah kerana implikasinya terhadap pengertian lafaz Allah amatlah buruk! Tidakkah ini akan termasuk dalam golongan orang-orang yang mempermainkan nama Allah!”