“Tidak seperti Kristen-Barat, kita tidak terlalu bersandar kepada, dalam aspek teologi dan metafisika, teori-teori dari para filsuf, ahli metafisika, saintis, palentolog, antropolog, sosiolog, ahli psikoanalisa, ahli metamatika, ahli-ahli bahasa dan cendekiawan sekular lain semacamnya. Hal ini kerana kebanyakan mereka, jika tidak semuanya, tidak pernah emngamalkan kehidupan beragama, mereka yang tidak pernah mengetahui atau meyakini agama tanpa ragu-ragu dan tanpa terombang-ambing. Mereka juga terdiri dari orang yang skeptik, agnostik, ateis dan para peragu.” BaratIntelektualKristianSekularisasiMetafizikTeologi Book:Islam and Secularism Source: Islam and Secularism
“Sumber yang paling utama sebagai rujukan kesusasteraan spiritual di seluruh dunia Islam itu dan yang paling penting ialah al-Qur'an sendiri, diikuti dengan hadis Rasulullah terutamanya hadis Qudsi dan hadis yang berkaitan dengan fahaman dan doktrin spiritual. Selepas itu fahaman-fahaman metafizikal dan juga kosmologikal, doktrin yang telah dirumus oleh ahli-ahli metafizik Islam dan doktrin para wali Sufi berasaskan sumber keagamaan dan fahaman tradisional yang tidak bercanggah dengan doktrin spiritual kaum Sufi.” SpiritualSufiMuhammadIlmuSasteraRasulullahMetafizikEpistemologi Book:Al-Qasidah Al-Maymunah Source: Al-Qasidah Al-Maymunah