“mengapakah ibadah yang dilakukan seringkali bersifat egosentrik dan pentingkan diri sendiri? Sedarkah kita wahai Mahasiswa? Kita mahu ke syurga tetapi seorang diri. Hairan. Bukankah sepatutnya kesolehan ritual melahirkan kesolehan sosial?” RitualMahasiswaSyurgaSolehEgosentrik Author:Amir 'Izzuddin Muhammad
“SYAIR YANG CANTIK DI MATA Resmi orang bercinta, adanya kesetiaan, adanya ambil berat, Cinta sejati pula, tidak bertambah kerana kebaikkan, tidak kurang pula kerana kesalahan. Jodoh memang rezeki, sedangkan rezeki pula perlu diusahakan, tidak datang bergolek. Di dalam berusaha pula, banyak pilihan, pada pilihan hadirnya persaingan, Pada persaingan tersingkap kesungguhan. Yang cantik di mata, belum tentu berkenan di hati, Yang baik di hati, belum tentu zahir cantik di mata. Mata lalat nampak sampah, mata lebah nampak madu. Jika cantik itu hapus, harta itu habis, keturunan itu kurang, maka agama dan akhlak penenang jiwa, Maka soleh untuk solehah, solehah untuk soleh.” CintaJodohSyairSolehSolehah Author:Amir 'Izzuddin Muhammad