“Apabila kita mengabadikan warisan zaman silam Islam - ketika menamakan institusi awam, ataupun ketika menggambarkan kegemilangan masa silam dalam buku dan di muzium - kita mestilah sentiasa ingat bahawa warisan ini terbina berdasarkan keyakinan umat Islam terhadap Islam. Keyakinan ini dikekalkan dengan adanya kemakmuran material, yang didukung oleh tahap kestabilan politik dan perundangan yang mencukupi.” IslamPolitikIlmuWarisanTamadunPerundangan Book:Pencapaian Masa Lalu dan Cabaran Semasa Dalam Dunia Islam Source: Pencapaian Masa Lalu dan Cabaran Semasa Dalam Dunia Islam
“Mayat dan selangka adalah jawapan terakhir, Sesudah moral, dulu, kita anggap Hanya sebagai hujung ekor tamadun. (Tidakkah Kita Berada Di Sana?)” MoralManusiaKemanusiaanPerangPeperanganTamadun Book:Tidakkah Kita Berada Di Sana? Source: Tidakkah Kita Berada Di Sana?
“Bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjangi oleh budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu. Hal ini boleh disimpulkan sebagai satu prinsip umum sejarah.” IlmuBangsaTamadun Book:Budaya Ilmu: Satu Penjelasan Source: Budaya Ilmu: Satu Penjelasan