“Janganlah tuan-tuan percaya kalau sejarah itu dikatakan satu sahaja, jangan-jangan ada lain perkara di sebaliknya (Ketupat Cinta Musim Pertama)” HistorySejarah Author:Faisal Tehrani
“Cinta tak mesti ada pada kita hanya kerana kita punya banyak persamaan dan kegemaran. Cinta adalah apabila kita merasakan kehangatan waktu kedinginan, dan kenyamanan waktunya kebahangan. Cinta dengan itu kita taruh dalam hati. Ia tiada tepi, tiada bentuk, tiada peraturan -- kita tidak dapat menggambarkan hati -- cinta dengan itu, tiada logika.” Cinta Love Book:PROFESOR Source: PROFESOR
“...Saya tidak mahu tergolong sebagai jenis sasterawan yang terperangkap dengan idle talk (meminjam kata-kata Mohd Affandi Hassan).” Pengarang Author:Faisal Tehrani
“Orang selalu berkata cinta itu buta. Sebenarnya cinta itu penipu yang bijaksana. Sebanyak mana kita mendekati orang yang kita cintai, sebanyak itu juga dia menjauhi kita. Dari cinta sebetulnya kita tidak akan temui apa-apa, melainkan igauan. Atau barangkali calaran-calaran luka sepanjang masa. - Basri #CintaHariHariRusuhan” Niagara Falls Book:Cinta Hari-Hari Rusuhan Source: Cinta Hari-Hari Rusuhan