Quotessence
Home / Authors / Wan Mohd Nor Wan Daud

Wan Mohd Nor Wan Daud Quotes

Author

Filter quotes by topic

Famous Wan Mohd Nor Wan Daud Quotes

“Penekanan kepada ilmu sebagai satu kuasa (knowledge is power) membuat pemimpin dan pentadbir merancang dan melaksanakan dasar yang boleh mengembangkan ilmu, dan sekali gus mendapat kekuatan baru dalam hal tersebut. Kuasa Barat yang menjajah negara lain semuanya meletakkan peranan besar ilmu terutama dari segi memahami bahasa, pemikiran, budaya dan tradisi jajahan takluknya. Penekanan ini telah berjalan dengan teratur dengan gigih sehinggalah menimbulkan bidang pengajian baru, yang mengenai dunia Asia-Afrika disebut "Orientalisme".”

“Apa sahaja yang dijunjung-tinggi oleh seseorang Muslim sebagai kudus akan sentiasa diperangi lagi digempur oleh Barat melalui wakil-wakil rasmi dan tidak rasminya, daripada kesahihan al-Qur'an al-Karim dan Syariahnya membawa kepada peribadi Rasulullah S.A.W., ahli keluarga serta sahabag baginda, daripada hukum-hakam Syariah sepeti kedudukan wanita dan kekeluargaan eshinggalah kepada dasar-dasar tata-susila Islam. Hatta, kebebasan insan telah pun ditafsir dan ditinjau hanya dari sudut terlepasnya manusia dariapda ikatan agama dan akhlak tradisional dan keagamaan; bukan kebebasan daripada kecenderungan-kecenderungan diri haiwani nan keji.”

“Sebab inilah, sebagai satu contoh, kita dapat menyaksikan betapa pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang tertentu telah melemparkan tuduhan kepada Malaysia sebagai kononnya tidak punya kebebasan mencukupi, semata-mata kerana kita tidak membenarkan rakyat kita secara terbuka menyalahi akan nilai-nilai dan tatasusila keagamaan yang pokok. Ini tidak bermakna Malaysia tidak mempunyai kelemahan dalam beberapa segi dasar, undang-undang atau pelaksanaannya; tetapi cemuhan Barat ke atas Malaysia atau negara-negara lain, tidak berdasarkan keprihatinan ikhlas terhadap prinsip keadilan, kebajikan atau kemanusiaan, melainkan sebagai alat dan senjata bagi memenuhi kepentingan ekonomi, geo-politik dan kebudayan mereka. Kebudayaan dan tamadun Barat sentiasa mencipta peralatan dan senjata baru yang lebih menarik dan canggih untuk senantiasa berada di puncak kekuasaan dan keagungan mereka dari segi sains, teknologi dan kebendaan. Mereka juga mencipta pelbagai wawasan dan istilah baru yang menakjubkan seperti modenisasi, pembangunan, demokrasi, hak-hak asasi manusia, pluralisme, globalisas dan lain-lain untuk tujuan yang sama.”