Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Meng... A source page for quotes linked to Wan Mohd Nor Wan Daud. 0 quotes
Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu K... A source page for quotes linked to Wan Mohd Nor Wan Daud. 0 quotes
Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Is... A source page for quotes linked to Wan Mohd Nor Wan Daud. 0 quotes
“Walaupun orang Yahudi yang berpengaruh tidak mengamalkan agama Yahudi, malah, seperti Einstein, mungkin menolak agama itu sama sekali, namun kesetiaan kepada nasib dan masa hadapan bangsa Yahudi amat mendalam. Mereka mempunyai tradisi ilmu yang lama, berpunca dari kitab Taurat dan tulisan Rabbi dan cendekiawan mereka. Mereka menghayati apa yang disebut oleh Eban sebagai "satu keghairahan mencari makna" (passion for meaning) yang telah membuat mereka berusaha mengharungi segala kesusahan sepanjang sejarah.” IlmuKebudayaanYahudi Book:Budaya Ilmu: Satu Penjelasan Source: Budaya Ilmu: Satu Penjelasan
“Teknologi yang semakin cekap dan berkesan telah berjaya menghasilkan lebih banyak makanan dan memanjangkan usia manusia; tetapi matlamat kehidupan yang diperpanjangkan itu esmakin kabur dan sukar pula untuk dinikmati.” KebahagiaanTeknologi Book:Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna Source: Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna
“Seorang alim masih boleh menghidupkan ekonomi bangsanya walaupun setelah ratusan tahun meninggal dunia; ramai ahli politik membunuh ekonomi bangsa walau memerintah satu penggal.” PolitikEkonomiIlmuwan Book:Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer Source: Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer
“Bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjangi oleh budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu. Hal ini boleh disimpulkan sebagai satu prinsip umum sejarah.” IlmuBangsaTamadun Book:Budaya Ilmu: Satu Penjelasan Source: Budaya Ilmu: Satu Penjelasan
“Saifuddin al-Amidi (1233 Masihi) dalam kitabnya yang terkenal Abkar al-Afkar telah mengumpul dan menganalisis semua takrif ilmu yang terdapat pada zamannya secara terperinci. Beliau mendapati bahawa takrif yang dikemukakan oleh Fakhruddin al-Razi (meninggal dunia 1209 Masihi) adalah yang terbaik. Takrif itu, yang diketengahkan semula dan diperbaiki lagi oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas ialah seperti yang berikut: Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu.” AllahIlmuDiriMaknaTakrif Book:Budaya Ilmu: Satu Penjelasan Source: Budaya Ilmu: Satu Penjelasan
“Bagaimana kita akan bangkit semula melawan musuh Jika ayam jantan yang senang berkokok setiap subuh Membuka mata bangsa, menjernihkan yang lama keruh Di potong lidahnya, disepak terajang si anak bodoh?” PuisiIlmuwanUnggul Book:Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat Source: Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Urafa bestari kerap berpesan: "ilmu fis sudur la fis sutur" Ilmu dalam dada membangunkan umat dari lena tidur Wajib menulis pada khalayak semasa dan sepanjang zaman Merungkai yang kusut, menerangi gelap fikiran, kabur pandangan Tetap menghidupkan prinsip bukan berubah mengikut masa Ilmu berakar dalam jiwa bukan jubah, serban, jangut berhenna.” PuisiIlmuPengarangIlmuwan Book:Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat Source: Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Ketinggian pokok, hanya diketahui helang Puyuh tidak mampu terbang, hanya tahu dalamnya hutan.” PuisiIlmuIlmuwan Book:Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat Source: Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Kata-kata di muka kertas beratnya hakiki Tersimpan khazanah Ilahi dan mutiara insani Jika digali-gilap disimpul makna dalam dada Jika diserap pada ribuan jiwa remaja dan dewasa Jika dipimpin helang ilmi menerbang di langit luas Mengawal padang dari belalang dan haiwan buas.” PuisiIlmuIlmuwanAktivisme Book:Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat Source: Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Penekanan kepada ilmu sebagai satu kuasa (knowledge is power) membuat pemimpin dan pentadbir merancang dan melaksanakan dasar yang boleh mengembangkan ilmu, dan sekali gus mendapat kekuatan baru dalam hal tersebut. Kuasa Barat yang menjajah negara lain semuanya meletakkan peranan besar ilmu terutama dari segi memahami bahasa, pemikiran, budaya dan tradisi jajahan takluknya. Penekanan ini telah berjalan dengan teratur dengan gigih sehinggalah menimbulkan bidang pengajian baru, yang mengenai dunia Asia-Afrika disebut "Orientalisme".” IlmuBaratPenjajahanOrientalisme Book:Budaya Ilmu: Satu Penjelasan Source: Budaya Ilmu: Satu Penjelasan
“Musang diangkat menjaga reban Reban hancur ternakan terkorban! Belalang angkuh berlagak helang Tikus berkampung dalam taman!” PuisiAmanahAdil Book:Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat Source: Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat
“Apa sahaja yang dijunjung-tinggi oleh seseorang Muslim sebagai kudus akan sentiasa diperangi lagi digempur oleh Barat melalui wakil-wakil rasmi dan tidak rasminya, daripada kesahihan al-Qur'an al-Karim dan Syariahnya membawa kepada peribadi Rasulullah S.A.W., ahli keluarga serta sahabag baginda, daripada hukum-hakam Syariah sepeti kedudukan wanita dan kekeluargaan eshinggalah kepada dasar-dasar tata-susila Islam. Hatta, kebebasan insan telah pun ditafsir dan ditinjau hanya dari sudut terlepasnya manusia dariapda ikatan agama dan akhlak tradisional dan keagamaan; bukan kebebasan daripada kecenderungan-kecenderungan diri haiwani nan keji.” IslamFundamentalBaratAsas Book:Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna Source: Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna
“Sebab inilah, sebagai satu contoh, kita dapat menyaksikan betapa pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang tertentu telah melemparkan tuduhan kepada Malaysia sebagai kononnya tidak punya kebebasan mencukupi, semata-mata kerana kita tidak membenarkan rakyat kita secara terbuka menyalahi akan nilai-nilai dan tatasusila keagamaan yang pokok. Ini tidak bermakna Malaysia tidak mempunyai kelemahan dalam beberapa segi dasar, undang-undang atau pelaksanaannya; tetapi cemuhan Barat ke atas Malaysia atau negara-negara lain, tidak berdasarkan keprihatinan ikhlas terhadap prinsip keadilan, kebajikan atau kemanusiaan, melainkan sebagai alat dan senjata bagi memenuhi kepentingan ekonomi, geo-politik dan kebudayan mereka. Kebudayaan dan tamadun Barat sentiasa mencipta peralatan dan senjata baru yang lebih menarik dan canggih untuk senantiasa berada di puncak kekuasaan dan keagungan mereka dari segi sains, teknologi dan kebendaan. Mereka juga mencipta pelbagai wawasan dan istilah baru yang menakjubkan seperti modenisasi, pembangunan, demokrasi, hak-hak asasi manusia, pluralisme, globalisas dan lain-lain untuk tujuan yang sama.” MalaysiaBaratHak AsasiHuman Rightism Book:Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna Source: Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna
“Jika hakikat keimanan tidak difaham benar dan mendalam Jika Khalik dan makhluk dipertentangkan Seperti rumah dengan tukang Setelah rumaah siap tukang pasti 'kan pulang: Tiada lagi hubungan dengan ciptannya Yang bebas merdeka dari tukangnya.” PuisiAqidahPenciptaanKhalikMakhluk Book:Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat Source: Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat