“Rasul Islam itu sekarang ini dianggap di dalam minda sekular moden sebagai seorang manusia, tidak lebih dari seorang manusia luaran sahaja, seorang yang bersifat bashari, seperti manusia lain juga oleh kerana bagi minda moden seseorang tidak akan lebih daripada realiti fizikal seperti yang direkai oleh konsep manusia menurut aliran pemikiran sains moden yang palsu. Jika dia digambarkan di dalam tradisi pemikiran lampau sebagai lebih daripada hakikat fizikal ini maka ini segera dianggap sebagai hakikat psiki, sebahagian pemikiran dan minda yang negatif, sebuah mimpi, dirinya yagn tersirat yang bersifat bayang-bayang belaka, penakkulan yang salah tentang sifat dan ciri dari diri akalnya di mana diri luarannya yang satu-satunya dianggap 'diri'.” InsanManusiaHakikatDiriSainsRasulullahModenSekular Book:Al-Qasidah Al-Maymunah Source: Al-Qasidah Al-Maymunah
“Kesungguhan Syeikh Daud Abd Allah al-Fatani menulis kitab yang berjumlah 57 buah dalam serba kekurangan, tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran material tentu menjadi suatu pukulan kepada ulama yang ebrada pada zaman serba medwah yang tidak dapat menghasilkan karya.” PengarangUlamaModenTradisionalKitab Book:Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung Malaysia Akhir Abad Ke-20 Source: Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung Malaysia Akhir Abad Ke-20