“Konsep sejarah utama Sufi pernah juga menggunakan idea bahawa Baginda adalah sumber utama di dalam sejarah Islam keseluruhannya; dalam erti kata lain sejarah Islam tidak akan berasas tanpa dimensi yang terkandung di dalam sejarah dan hakikat Rasulullah, Sayyidina Muhammad dan juga, kita patut menyebutkan, lebih penting lagi ialah diri Rasulullah, yang menjadi idea, yagn telah diletakkan sebagai pengertian asas di dalam pembentukan falsafah sejarah Islam (Islamic philosophy of history).” IslamSufiSejarahRasulullah Book:Al-Qasidah Al-Maymunah Source: Al-Qasidah Al-Maymunah
“Kaedah atau amalan atau cara ini mungkin tidak boleh diterima oleh kebanyakan orang Islam sekarang ini yang mengamalkan Islam luaran sahaja oleh kerana kebanyakan hadis Rasulullah tentang hakikat Rasulullah dianggap oleh mereka sebagai merendahkan kemutlakan Tuhan atau ditohmahkan ia muncul hasil dari rekaan musuh-musuh Islam. Kita fikirkan bahawa, disebabkan beberapa kesilapan, ketidakbiasaan dengan hadis yang sebegini rupa dan fahaman yang bersifat esoterik itu biasanya tidak dibawa ke dalam semua rangkaian rantai penyampaian hadis itulah yang menyebabkan penolakan dan kecurigaan ini. Ini juga berpunca dari minda moden yang gagal memahami makna yang tersirat di dalam fahaman Sufi tentang konsep penciptaan, yang mana tidak pernah dipelajari atau didedahkan kepada minda orang Islam moden lalu menyababkan kegagalan mereka untuk menghargainya. Mereka tidak pernah terjumpa dengan fahaman yang sebegini rupa di dalam silibus falsafah dan sastera di dalam institusi pembelajaran moden atau di dalam sistem pembelajaran amnya.” IslamRasulullahHadisEsoterik Book:Al-Qasidah Al-Maymunah Source: Al-Qasidah Al-Maymunah