Quotessence
Home / Authors / Baharudin Ahmad

Baharudin Ahmad Quotes

Author

Filter quotes by topic

Famous Baharudin Ahmad Quotes

“Ramai pengkritik sastera sekarang atau pengkritik moden pada masa lebih kurang lima puluh tahun yang lampau dilatih di dalam institusi pengajian (atau universiti moden di dalam bidang sastera dan sejarah sastera malah bidang kemanusiaan seluruhnya) dan mereka yang mendapatkan pembelajaran sekular serta mereka yang tidak pernah didedah kepada kepentingan dan keutamaan Rasul Islam di dalam tradisi sastera Islam, akan mendapati bahawa panggilan kepada 'seruan suci' ke atas Rasulullah sepertimana yang terkandung di dalam penulisan dan penerbitan sastera agak ganjil dan tidak realistik atau tidak lebih daripada cuma klise masa lampau melaung-laung kerana kehampaan. Walhal sebelum zaman moden, setiap penyair atau pemikir Sufi, di dalam perbincangan-perbincangan mereka di dalam perkara apa saja pun, atau yang berkenaan dengan Islam, tidak akan meninggalkan atau menidakkan kepentingan mendekatkan diri dengan hakikat asal usul kejadian iaitu manusia utama yang digelar al-insan al-kamil (manusia sempurna walaupun makhluk). Bagi orang Islam, Rasul Islam adalah segalanya yang bermakna di dalam penciptaan. Tidak ada apa pun di dlam penciptaan yang tidak dikaitkan dengan Baginda dek kerana Baginda terlebih dahulu dikenali di dalam tradisi Sufi sebagai sumber segala jenis dan bentuk penciptaan; deminya yang dicipta awal itu telah diciptakan pula semua yang lain dan dia yang mulia itu adalah guru pada semua rasul dan nabi yang diutuskan Tuhan sebelum darinya; dia ciptaan yang awal dan terakhir sampai di dalam bentuk kejadian.”

“Rasul Islam itu sekarang ini dianggap di dalam minda sekular moden sebagai seorang manusia, tidak lebih dari seorang manusia luaran sahaja, seorang yang bersifat bashari, seperti manusia lain juga oleh kerana bagi minda moden seseorang tidak akan lebih daripada realiti fizikal seperti yang direkai oleh konsep manusia menurut aliran pemikiran sains moden yang palsu. Jika dia digambarkan di dalam tradisi pemikiran lampau sebagai lebih daripada hakikat fizikal ini maka ini segera dianggap sebagai hakikat psiki, sebahagian pemikiran dan minda yang negatif, sebuah mimpi, dirinya yagn tersirat yang bersifat bayang-bayang belaka, penakkulan yang salah tentang sifat dan ciri dari diri akalnya di mana diri luarannya yang satu-satunya dianggap 'diri'.”