“Konsep sejarah utama Sufi pernah juga menggunakan idea bahawa Baginda adalah sumber utama di dalam sejarah Islam keseluruhannya; dalam erti kata lain sejarah Islam tidak akan berasas tanpa dimensi yang terkandung di dalam sejarah dan hakikat Rasulullah, Sayyidina Muhammad dan juga, kita patut menyebutkan, lebih penting lagi ialah diri Rasulullah, yang menjadi idea, yagn telah diletakkan sebagai pengertian asas di dalam pembentukan falsafah sejarah Islam (Islamic philosophy of history).” IslamSufiSejarahRasulullah Book:Al-Qasidah Al-Maymunah Source: Al-Qasidah Al-Maymunah
“Sumber yang paling utama sebagai rujukan kesusasteraan spiritual di seluruh dunia Islam itu dan yang paling penting ialah al-Qur'an sendiri, diikuti dengan hadis Rasulullah terutamanya hadis Qudsi dan hadis yang berkaitan dengan fahaman dan doktrin spiritual. Selepas itu fahaman-fahaman metafizikal dan juga kosmologikal, doktrin yang telah dirumus oleh ahli-ahli metafizik Islam dan doktrin para wali Sufi berasaskan sumber keagamaan dan fahaman tradisional yang tidak bercanggah dengan doktrin spiritual kaum Sufi.” SpiritualSufiMuhammadIlmuSasteraRasulullahMetafizikEpistemologi Book:Al-Qasidah Al-Maymunah Source: Al-Qasidah Al-Maymunah